Seringkali keliru dengan keputusan yang tidak pernah tetap dalam hati. Siapa tak kenal aku? Keras hati dengan apa yang aku mahu dan tidak perlu dalam hidup. YA! Aku memang seorang yg decisive. Permasalahan paling besar dalam hidup berlaku 4 tahun lepas, aku begitu mudah tekad dengan keputusan yang aku ambil tanpa berfikir untuk berpatah balik dan ku teruskan walau dengan penuh kepayahan. Aku cuma perlu belajar menghadapi hidup yang berbeda dan aku berjaya!

Namun dalam kekuatan hati ku menentukan jalan hidup selama ini, inilah keputusan paling sukar aku temui. Malah sehingga hari ini, aku tetap tiada jawapan apakah aku yakin dengan jalan yang telah aku pilih. Follow with the flow.. hanya itu yang termampu. Yep! Ayat orang yang dah malas nk berfikir. Perlukah berfikir kalau sekiranya apa yang berlaku tidak pernah terlintas dalam fikiran, akan terjadi dalam hidup aku yang semakin serba tak kena ni?

Jiwa kacau. Tersangat kacau. Tetapi aku perlu teruskan. Untuk siapa? Untuk kebahagiaan aku? Untuk kebahagiaan dia? Atau untuk kehancuran hidup aku dan orang lain? Persetankan semua persoalan.. kerana aku tidak pernah ada jawapan.

Kenapa begitu sukar untuk bahagia? Lebih memedihkan apabila yang terbaik untuk kita telah ditakdirkan milik orang lain. Jadi mengapa perlu dipertemukan sekiranya hanya untuk membuatkan kita rasa terkilan? Kesalkah aku pada takdir?

Jiwa kacau lagi.. masih memikirkan apa yang sedang aku cari..

Sayang.. walau kebersamaan kita hanya sesaat
Namun kau tetap bagian dari jiwaku
Kuiringi kepergianmu dengan ikhlas hati
Moga kelak kita dapat bersatu lagi

Selamat Tinggal kasih.. Selamat Jalan Sayang..

10 Okt -Pernah tgk movie trailer kat tv psal citer ni tapi aku tak berminat nk tgk. Tajuk mcm citer Indon tapi tgk sme bertudung litup mcm citer Arab jer.. mcm tak best ler kot. Tapi smp umah tadi, sis tgh tgk. Kebetulan plak masa tu tgh climaxnye scene.. aku freeze jap tgk sambil berdiri walhal dah tak tahan nk g toilet tu.

Masa tu ada sorg pompuan ni tgh baring, nmpk mcm kat hospital dan dimekapkan. Aku pun tanya sis, pompuan tu dah mati ker? Dia pun citer la wife lelaki tu suruh husband dia kawin dgn pompuan yg sakit tu.. tapi tak tau psal apa.. mebbe dia pun baru tgk gak kot.

Tapi mmg tragis. First wife ada kt blakang suami masa majlis akad nikah. Then masa husband dia lafazkan "aku cinta padamu" kat new wife, 1st wife lari menangis keluar dr bilik tu. Difahamkan perempuan tu ada penyakit serius. Pum pam pum pam.. 2nd wife dah sihat sket dan ble jalan, terjadi la pelbagai incident tak diingini dlm rumah yg didiami kedua2 isteri. 2nd wife ternampk husband gurau senda dgn 1st wife yg tgh mengandung 1st baby.. then 1st wife terspotted husband tgh kiss 2nd wife dalam rumah. 1st wife beli barang baby pun sorg2 sbb hubby sibuk dgn isteri lagi satu. Perghh! Sadis.

(masih dalam mode tak tahan nk pegi toilet)

1st wife tak tahan dgn ketidaksensitivitian suami (erkk..? ado ko?), dia pilih utk blk kg nk cari ketenangan. Husband mati kutu, mintak pendapat member.. macamana nk satukan kedua2 isteri. Dgn selamba member cakap.. "kamu tak mungkin dapat satukan isteri2 tetapi perlu belajar berlaku adil". Only then husband tersedar dari mimpi indah yg dia mmg tak pernah adil pd isteri pertama yg tersisih semenjak dia kawin lain. Ditambah plak 2nd wife sakit, most of the time dia kene spend masa dgn 2nd wife. Maka ditinggalkan la isteri pertama saban malam utk bersama isteri muda kesayangan. Sedih kan? Paling tersentuh dgn kata2 kawan dia.. "sedangkan yg satu pun kita takkan dpt berlaku adil, inikan pula dua".

(nasib baik iklan.. gi toilet sat)

Ever since suami cuba adil pd kedua2 isteri. Bwk kuar makan sama2... pegi scan baby pun bwk 2nd wife. Lps tu 1st wife sakit.. false alarm kot.. then.. aku tak tau apa jadi sebab aku giler babun takble tgk citer camni. Airmata meleleh non stop.. dah ler jiwa tgh kacau plak tu huhuhu..

Macam aku citer sblm ni la.. slalu dalam kisah2 yg dilihat, suami pinggirkan isteri tua.. sama macam citer ni. Tapi dalam kisah seorang teman yg sangat aku kenali, ia tak berlaku mcm tu. Isteri muda plak terasa mcm dia la isteri tua. Ditinggalkan.. dipinggirkan.. takble bermesra dpn org ramai.. terlalu byk halangan dan limitation demi utk menjaga hati isteri lain yg lebih dicintai. Kalau macam tu.. apa perlu berkahwin lagi? Tidak berdosakah menyakiti hati dan perasaan org lain?

Dah 7 tahun anak mama.. Happy Birthday my boy.

Selebret besday dia dlm gelap.. tetiba McD kt Shah Alam tu blackout. Tapi tak ler gelap sgt...he..he..

Sibuk dgn hadiah yg dia dah lama ushar kat 7 Eleven tiap kali pas blk tuisyen.

First step nk exposekan dia dgn bola.. pakaikan baju MU (apsal bkn Arsenal?). Lepas ni ajar tgk game plak

AKHIRNYAAAAAAAA... dah jumpa tempat aku sorok charger lumix aku huhuhu. Sib baik tak beli kat Digital Mall baru2 ni.. klu tak rugi jer.

Tissot plak rosak masa bulan puasa. Dah ler takde warranty dah. Ngam2 setahun pakai dah rosak. Kene balik Puncak Alam amek jam lama. Tapi mati lak dahh.. bateri kong. Kene la beli gak bateri baru.. tak tahan hidup takde jam tangan. Lagi 2 minggu baru ble amek Tissot. Blom apa2 dah terbang RM150.. huhuhu...

Rindu sama Tissot.. sob222...

Bercinta.. memang best. Klu ikut kronologi sejarah aku bechenta.. ada dlm 10 ker 11 kali gitu la. Itu tak masuk yg minat tapi aku tak minat. (Wahh!! Macam bagus.. padahal awak tu yg tak best smp kene dump 11 kali kwang222...). Yg tu aku bukak topik lain ehh.. menarik gak tu.

But one thing yg aku respect psal lelaki.. drg mmg setia klu bercinta. Walau ada sesetengahnya tu mata gatey nk jeling pompuan cantik & seksi yg pakai shorts kat Burger King.. atau tak kurang gak yg bercinta dgn pompuan lain... but yet dia tetap kembali pada wanita yg paling istimewa dalam hidup. Pecaya atau tidak.. yg kawin 2 pun, akan tetap utamakan yg tua. Tak caya? Ramai tak caya.. sbb tu slalu 2nd wife yg kene hentam giler babun sbb ironinya dh rampas suami orang dan kebahagiaan drg dah musnah (kuhnunnye laa... walhal dia tak tau hidup org lain yg lebih musnah sbb dia). But yet.. drg tak tau betapa huru haranya hidup jadi 2nd wife. Tak caya lagi.. tanya Noraniza Idris.. opsss... Klu tak caya gak.. hah! sendiri kasi jadi 2nd wife lah.. pastu lu pikir la sendiri..P>

Cuma yang menjadi persoalan.. klu dah sayang sgt dgn yg satu tu, watpe nk cari yg lain? Utk suka suka kah..? Atau utk test market kahh? Yg tu aku tetap tak paham sampai sekarang. Klu perkataan
I LOVE YOU tu.. ntah brapa ribu dozen kali dah sebut.. tapi org tu gak la yg disakiti hatinya sebab nk jaga hati wanita yg lebih istimewa. Tak kiralah sapa pun nama wanita2 tu.. samada Anita Sabah kah.. Siti Noraliza kah.. atau Saripah Aini kahh.. itu gak la yg bertakhta di hati sampai mati.

Apsal pompuan tak reti wat camtu? Flirt ramai2... sebut I LOVE YOU sana sini.. tapi ckp gak ler ngan yg special tu "I flirting pun, i tetap cintakan u". Ada berani? Ini la antara satu ketidakmampuan wanita mempersendakan cinta. Berchenta tak hengat.. brapa kali kata saket hati dan hancur hati.. ckp nk break up dan dah break up pun silap2 berbillion dozen kali gak tu.. tapi.. itu gakkk lerr lelaki yg dicari.

Kepada sapa2 yg jadi sparepart atau sparepartner dan sparetyre yg disimpan hanya utk waktu2 diperlukan dan saat stok kehabisan.. aku tujukan lagu ni utk korang. Kene layan sampai meleleh air hidung.. pastu korang bgtau aku... best ker berchenta...? Eh silap.. berchenta mmg best.. tapi best ker jd yg no. 2..? Lu pikir la sendiri..

Bagaikan terdengarnya suara
Menghakis mengikis naluri
Mengeruhkan jernih suasana
Dan merentap harapan

(chorus)
Tiada erti aku merindu
Jika kau tak ingin bertemu
Apa gunanya bercinta di dalam kepura-puraan
Yang lafaz cinta hanya bibir
Namun diri tak seringnya hadir
Disaat engkau diperlukan.. Aku hampa..


Usah dikelirukan cinta
Yang terkusut jiwa merana
Jangan dengan separuh hati
Diri ini kau cintai

Usahlah renung hanya di mata
Benamkanlah ke dasar hati
Renunganmu telusnya pasti
Berarasy ke syurga cinta

Menanti kunjungan hampir pasti
Mengharap titis embun pagi
Dan bagai menadah gerimis
Yang masih pulang pergi