After all the postings I have on Redbox, lupa nk bg credit pd bro Jo (bkn nama sebenar) sebab dia la yg memperkenalkan kitaorg dgn Redbox bermula dgn branch @ The Curve.. then ke Sogo.. then ke Sunway Pyramid.. terus ke Pavillion. Segala info tentang pembukaan branch2 baru, dia la yg bertanggungjwb dan dia la yg byk blanja kitaorg muehehe...

Klu tak tu.. balik2*tuut* KTV Bangsar yg mahal gitu. Sejak muncul Redbox ni la depa mula turun harga dan bg pakej lunch yg begitu memberangsangkan sekali ie. RM10 per head for 4 hrs plus buffet lunch. Wow!!! Itu dulu arr.. skarang tak tau apa cirta sbb dh lama tak pegi.. :p

Again.. thank you bro kerana menemukan saya dgn 'cinta sejati'. Oh Redbox! Aku tak mungkin beralih arah.. geh..geh..gehh...

p/s: Next performance... raya time... tungguuuu...!!

Dah lama rupanya tak jejak kaki kat The Curve. Tak igt sejak bila cuma yg kompom since bln 6 mmg dah tak pegi. Dh slalu sgt Pegi Sogo since situ lg murah utk pakej dinner, asyik ke sana jer la.

Sepatutnya aku takde show bln2 puasa ni (ahakss..) but since tak dpt lps geram prior to puasa, pegi plak Ramadhan kali ni. Pegi ngan cik adik debab tu smbl nk bg dia enjoy pas abis UPSR. Paper lain sme dia ok kecuali maths. Aku check paper English ada la satu salah, BM sme btol rasanya. Dia target dpt 4A 1B la tu.. menangis bila aku kata klu tak dpt 5A tak dpt enpon. That was the arrangement maa.. manable ada exception case.

Anyway..back to Curve story. Smp2 kat check-in kaunter... whoaaa!! Sudah renovate lorr. Cantek dgn brown wood mcm country style plak.. tp tak brapa nk country gak la. Pintu bilik pun sme dh tuka..toilet.. pendek citer mmg full renovate ahh. Masuk dlm bilik jerr.. harr... tgk la gambar ni jer dh cukup. Teruja giler coz depa dh upgrade mcm Pavillion. So now.... worth ke g Redbox Plus? Takyah dah lerr... Redbox jer pun dh ok he..he. Rupanya dah 3 bln depa renovate.

Big screen.. wireless mic.. upgraded software... WHOAAA!!!! Sangat teruja dan aku menyanyi dgn begitu bersemangat sekali. On top of the2 drinks, dapat plak free soya jagung tiap sorang. Mmg promosi giler2 la ni sepanjang sambutan anniversary Redbox. Sib baik tak g Sogo smlm. Coz bila kira2 blk, sbnrnya Sogo lagi mahal klu nk masuk slps kol 9pm sbb masa tu dia dh kira per hour rate. Tgk ehh...

The Curve

Sogo

Per head charge RM48 x 2 pax = RM96 RM10 x 2 pax = RM20
Room charge per hour nil

RM38 x 2 hrs =RM76

Drinks 2 drinks per person Free flow
Titbits RM8 Free flow
Totalfor 2 pax RM104 ++ RM96 ++
Facilities Upgraded Standard

Nampak mcm Curve still mahal... tapi harus diingat yg aku kira tu utk 3 jam kat Curve (standardpackage)whereas cuma 2 jam kat Sogo. Korang kira la sendiri klu kat Sogo utk 3 jam. Whoaaa!! Ni utk weekend rate saja. Nk lagi murah pegi la between Sunday to Thursday. Tapi smlm aku kene tak smp RM100 lps dh tolak RM20 voucher yg aku dpt kat Sogo baru2 ni.

Conclusion : Klu nk pegi utk 1-2 org dan hanya seorg yg membayar, better pegi Curve. If nk pegi ramai2 with sharing cost, then ble pegi Sogo. So.. lepas ni... tgk dulu nk pegi pukul brapa. Klu nk masuk sblm 8.30 tu.. sila la ke Sogo sbb lagi murah kerana masih charge ikut per head RM28++ for 3 hours with free flow titbits & drinks (sila bawak tupperware dr rumah atau plastik pembungkus.. LOL). Cumaaa... mkn kat Curve lagi best dr Sogo laa... he.. he.

Terpulang la kat korang.. tepuk perut tanya selera nk makan apa. Klu nk ada variety with Chinese, Malay, Western & Japanese food with loads of cakes & brownies and salads, singgah la ke The Curve. Klu takat nk makan ikan masak asam pedas, siput sedut & kepah atau nk minum byk sgt air sbb korang dehidrated or lagi suka nk munch keropok2 masin, manis dan pedas selama 3 jam tu.. Sogo is the best place for you. Else, ble tepuk tekak smbil tanya.. korang datang nk makan ker.. nk nyanyi =P

p/s : Redbox.. sila bagi komisen utk siaran iklan ini *grin*

KUALA TERENGGANU - Sebelum ini, pahitnya bermadu hanya dirasai oleh isteri apabila suami mereka berkahwin lagi. Tetapi bagi Ahmad (bukan nama sebenar), 58, beliau menderita 'dimadu' apabila isterinya didakwa mempunyai seorang lagi suami.

Ahmad mendakwa, isteri yang dipanggil Ju dan dikahwini sejak 1995 itu, secara senyap2 telah berkahwin dengan seorang lelaki lain lebih setahun lalu. "Yang menghiris hati saya apabila isteri saya mengaku menjadi isteri kedua suami barunya yang sudah mempunyai 10 orang anak," katanya.

Lelaki yang menampung hidup dengan menjual kereta terpakai itu mendakwa, dalam tempoh tersebut Ju telah menggilirkan hari untuk bersamanya dan suami barunya. Ahmad berkata, Ju tinggal bersamanya dari Isnin hingga Khamis, manakala Jumaat hingga Ahad pula bersama suami keduanya. (ni baru btol adil dan saksama.. ada sapa2 ble buat?)

"Selama ini saya tak tahu perkara ini sebab isteri saya bekerja di Kuala Terengganu dan ada kalanya dia tinggal di rumah orang tuanya. Rupa-rupanya selama ini dia tinggal bersama lelaki itu sedangkan saya menyangka dia di rumah ayahnya," kata Ahmad yang mempunyai tiga orang anak dengan Ju.

"Kalau boleh saya tak mahu ceraikan dia, tapi saya harap suami keduanya tinggalkan isteri saya dengan cara baik," jelasnya yang pernah berkahwin dua kali sebelum ini.

Aku ketinggalan zaman ker..? Kan ker dia dah lama bercerai... apsal aku nk tulis lagi ari ni? Bkn aku pernah tulis psal perceraian dia dulu ke..? Ehh.. yeker? Makchek lupa arrr...

Masa aku baca paper semalam.. tup2 aku amek blah tgh artikel dia jer.. aku jadi kompius. Apsal citer lama ni kuar blk? Tak puas ati.. aku baca dr mula walau pjg gak ler nk tgk. Ermm... baru paham. Dia bercerai LAGI... rupanya...

Dulu.. aku cerai earlier sblm dia. Then dia kawin dulu sblm aku.. now dia bercerai smula sblm aku smpt apa2 ha..ha. Interestingly, she was the 2nd wife in her 2nd marriage dan bercerai selepas beberapa bulan sahaja berkahwin.. hermm.. very interesting. Pada awalnya dia tanak declare pada press tentang status dia, bimbang pelbagai tohmahan barangkali. Tapi atas nasihat anak yg sulung, now dia berani la nk declare.

Apa punca perceraian? Takkan dia nk citer kot.. ish..ish.. korang ni pon. Tapi klu baca dr cara percakapan dia "Saya rela beralah dan mengundurkan diri asalkan dapat melihat org lain hidup gembira".. so korang paham2 sendiri lahh. "Tak perlu tanya bila saya bercerai.. yg pasti saya telah abis edah".

Dulu dia kata tak pernah terpk dlm hidup utk menjadi isteri kedua. Tapi dah kuasa Tuhan nk bagi ujian pada dia, kene la redha. After awhile, she realise that this marriage will not work. Selepas solat istikharah selama sebulan 15 hari, hati dia tekad utk lepaskan ikatan.

Antara petikan laporan Kosmo semalam:

Click here to keep reading

In my earlier posting, kasut yg papa bg Adnan masa besday dia yg keberapa tahun ehh..? 2 thn lps kot? Ker 3 yrs ago..?

Jumble sale baru2 ni.. kene jual. Mula2 aku nmpk bdk cute ni.. dok skodeng2 aku kat celah gantungan baju tpt dia test kasut. Memula aku tak perasan dia tgh buat apa. Since dia intai2 tu aku pun pegi la kt dia, nk layan customer. Rupanya tgh test kasut Adnan. Ngam2 utk dia. Dpt pakai jer terus melompat2 excited. Smpt amek gambar igt nk tunjuk kat Adnan tapi tak smp ati plak kang dia sedih tgk kasut yg papa belikan kene bg kt org sbb aku pun sedih tgk kasut anak2 ada dlm kotak tu. Takpelah, bkn ble pakai lagi pun dah kecik sgt. Sayang nk buang since elok lagi.

Byk sgt katak kat umah aku tu kot.. sampai subur lalang kat umah. Sket ari lg tak nmpk sliding door tu dah. Dah lama tak blk. Skali balik pun kejap jer.. tak smpt nk tunggu tukang potong rumput smp dah kene blk PJ. Igt nk racun jer.. tapi sapa bule buat loorr...??

Nk jual umah ni. Byk kenangan.

Jiran sblh dah buat pagar raya..

This is how we look 2 years ago. Cute heh?! He.. he.. (not me laa.. my kids..)

Now getting older and older. Hey! I'm yet to reach 33... why my profile already showing 33?? Tak aci btol!!

It's fasting month. I'm going to lose some more weight when I'm already losing 2kg. Nak naik susah.. nk turun senanggg jer. Bila bule gumuk ni weihhh..??? Letih lerrr makchekk!!

p/s: Takde bahan nk citer.. boring!

I like this song.. and now I'm going to like this song like mad... mad.. mad.. & mad..

Cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk menyatakan rasa sakit
dalam diri

Dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
terlintas tuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Dah lama nk tulis tapi tak tertulis2..

Incident berlaku tak brapa lama dulu (thn ni gak ler) bilamana aku dgn penuh semangat nk simpan duit raya anak2 dlm ASD (Amanah Saham Didik). Masa tu weekday, ajak sis temankan.. branch mana toksah la bgtau.

Smp kat sana, dgn pantasnya aku amek no. giliran then baru capai borang deposit. Dgn harapan aku tak perlu tunggu lama sgt nk smp giliran aku. Tunggu punye tunggu punye tunggu.. no. ekor pun muncul kat skrin. Aku pun jln berbondong2 dgn adik aku ke kaunter.

Tiba depan kaunter.. aku pun bg ler buku ASD dgn borang. Dia tanya "Ni nk buat apa ni?" Ape kejadah bodohnye soalan gi tanya aku nk buat apa? Dah nmpk org bg buku dgn borang tu.. igt aku nk order french fries ker..? Aku pun ckp ler bebaik.. "Nak masuk duit".

"Tak nmpak ker notis ni? ASB offline!" Sambil tunjuk notis seciput dpn kaunter dia. Tau ler aku punye berbulu camne kan.. nak2 plak time kita ckp sopan santun, dia ble herdik kita macam kuli dia.

"Kenapa awak letak notis kat sini.. orang tak nmpk?

"Kan saya ada bgtau 20 minit tadi yg system offline?"

"Awak tau ker klu saya dh ada kat sini lebih dr 20 minit? Awak pegi letak notis kat sini.. takkan nk tunggu no. giliran saya smp baru saya bule tau ASB offline? Bkn ker lebih efektif klu awak letak kat pintu depan atau sekurang2nya di meja tpt org amek borang?"

"Takde.. kita mmg letak kat sini!"

My goodness! Sungguh tak pro-aktif kakitangan Pos Malaysia ni.

Kali kedua aku datang.. agak2 dlm 2 minggu lps tu.. pada hari Sabtu. Aku pun bawak la borang yg sama yg dah isi ari tu.. terus amek no. jer. Sambil tu perati sekeliling dan depan setiap kaunter nk make sure takde notis OFFLINE tercanguk depan muka drg. Pehh!! Legaaa.. mmg takde. Happy dah nehh.

Nightmare kedua bermula.. bila tiba depan kaunter dia ble kata "ASB tak online ari Sabtu". WHAT??!!!

That's it man! Serik berurusan dgn Pos Malaysia. Nk pegi dapatkan rebat cukai jalan pun pk berpuluh kali... alahaiii... buang maso den yo!

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya satu.. Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu